Thursday, December 20, 2012

Finally, Its End

Assalamualaikum semua,

apa khabar ?, sihat tak ?, diharapkan semua menjaga kesihatan masing - masing , maklumlah sekarang ini sudah akhir tahun, cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan demam, batuk dan selsema.

sebagai pelajar sem , tinggal satu sahaja kelas untuk sem ini, iaitu pada esok hari. so , dah tiada kerja kerana presentation and report pun sudah disiapkan pada minggu lepas.

banyak cabaran yang saya lalui pada minggu ini dan minggu lepas.
first time in my life i tak tido malam buat assignment. wah, takjub dengan diri sendiri kerana boleh terpaksa tahan ngantuk.

but, overall, mengeluh is bad for us because syaitan yang direjam suka apabila kita mengeluh and berputus asa. banyakkan beristigfar dan berselawat.

dalam melakukan assignment di akhir - akhir waktu ini memang banyak cabaran demi memenuhi deadline. oh @ orak history @oral tradition pun sudah disiapkan. dan banyak lagi assignment yang sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada saya. alhamdulilalh lega rasanya apabila semua ini sudah berlalu.,

perasaan saya bercampur baur apabila mengingatkan sem 5 yang bakal berakhir dalam sebulan lagi. banyak pahit dan manis sepanjang sem 5 ini. gembira kerana saya akan pulang ke kampung @Felda  Tenggaroh 02. sedih mengingatkan test @ assignment yang telah saya lakukan, entah menepati cita rasa lecturer ke tidak.

not for money, not for glory, but it only for me, for my memory. kekeke. ^^

so, saya telah menjalankan shooting for my japanese third language video, 

saya berbesar hati nya mengupload gambar - gambar ini untuk tatapan dan disimpan alam pangkalan google ini, hehe.




bersama Amani, Liza and Natsume. ^^


tambah suzy pulak, Natsume pulak yg ambil gambar. hehe. ^^


k, saya sambung lain masa la ye, 

pucuk pauh delima batu, 
anak sembilang di tapak tangan,
kalau ada salah dan silap tu,
saya mohon dimaafkan.

sekian, selamat malam.

^^




Thursday, November 22, 2012

ATMA

Salam semua.
jam sekarang menunjukkan 11.45 malam.
dan saya sedang menaip @ menulis post ini.

dipendekkan cerita semalam
@Tuesday / 20 Novemebr 2012, saya dan sahabat - sahabat saya pi la wat research kat ATMA @ Institut Alam dan Tamadan Melayu. boleh la lawati laman web dibawah ni, banyak info yang boleh digunakan, memang tak cukup masa untuk kitaorang temubual RO diaorang ini. masa pun dah lambat jadi banyak RA dah balik
http://www.atma.ukm.my/

tak lupa gak aku nak ucapkan terima kasih kepada Afie@Firdaus kerana tolong saya @memberi tunjuk arah ke bangunan yang berkenaan, kesian die...
ni link blog die : http://afie-firdaus.blogspot.com/

best gak dapat ukm, ingin gak nak belajar kat sana, environment die wondeful sangat, macam kat oversea pulak, kekeke.

as usual, mesti la ambil gambar bukti ,

akhir - akhir ini saya selalu buat gaya nerd, agak sesuai dengan spec br saya yg kuatkan sangat powernye.

dan saya tengah risaukan presentation bel, test SRC@school resource centre hr jumaat ini, aktivit kat ppas, habis la aku kena g jalan kaki balik nanti, oh punya transkrip br dapat 2 soalan. teruk la kalau  gtu.

k..sampai sini saje, nak wat nota kaki src.

Assalamualaikum and Selamat mALAM.




Tuesday, November 13, 2012

oN a RaiNY dAYS

Salam semua.
apa khabar ?
hari ini saya memang cuti and takde kelas walaupun  hari ini public holiday.
dah lama tak update blog, so saya nak upload gambar - gambar yang tak berapa sensasi during my mid-term holiday yang dah lepas, huhu, sedih nye, walaupun masa cuti mid-term tu saya exhausted kerana sibuk merewang setiap hari kat rumah, but, i still love it.
so enjoy the show :


gambar di atas menunjukkan my dad tengah bw motorsikal sambil melihat haiwan ternakan kami untuk di qurban kan.

untuk makluman, saya menternak lembu selama dua hari untuk diqurbankan, kekeke

inilah rupa saya yang sebenar, kekekeke, dibelakang saya merupakan lembu @putih yang saya jaga dan ternak selama 2 hari untuk dibuat qurban.


putih selepas diqurban, alhamdulilah berkat bantuan orang blok dan saudara mara yang sudi menghadirkan diri, acara qurban ini berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.


disebalik kesibukan yang melanda rumah kami, dengan aktiviti qurban, (dah macam kenduri kahwin), my mum @ my family prepare 1 extremly delicious dish that is nasi beriani, as you can see, we eat nasi berani with acar (sayur yang diperbuat dengan menggunakan nenas, cucumber, red chili, onion, salt and lime juice), ayam masak merah yang ulala, beriani kambing, and beriani ayam, 


after all that , i became like oning, on this picture.



at last  i became like this, and zzzzzz.

mamat or oning, we call it, have been menghilang during saturday and sunday because there is too lot people, and he become frightened.

k, that's all for today, bye- bye




Thursday, September 20, 2012

Hai, Saya Ni


salam , pe khabar ? sihat tak ?

akhirnya saya kembali menulis blog yang dah lama saya tak update,

berakhirnya cuti bermaksud permulaan bagi hidup saya di semester yang baru, tak la baru sangat, dah sem 5 dah,

tetapi, sem yang baru ini diraikan dengan cuti 4 hari ke Felda Tenggaroh 02, dengan tajaan tikey oleh my sis, hehe, baru seminggu balik kolej dah balik umah balik, best nye, dapat jumpa omma, ojisan, ecah-chan, jiji-cha, and oning-chan.

sedih hati saya apabila melihat bahagian punggung oning terkoyang apabila dibelasah oleh kucing gadik yang sangat brutal , mak saya pesan apabila saya balik nanti tolong lah belasah and kenakan kucing gadik tu, tapi tup tup saya balik je umah, batang hidung kucing tu pun saya tak nampak, penakut betul time saya ada,
semalam tepon mak, tanya kuicng gadik tu ada datang tak,mak cakap ada, mu mum said "time ko ada je, kucing x datang, ko balik je die mengganas lagi, kesian oning trauma".

oning time siang je duk dalam umah, buang air pun dalam toilet, tido, nyorok je, kalau malam je baru berani. huhu kesian nye oning.



hem, but saya ada satu lagi masalah, satu subjek bahasa inggeris saya tak boleh daftar la pulak, sedih gak hati ni, walauapapun, saya tetap berusaha untuk menyelesaikan masalah ini bersama kawan - kawan saya yang senasib dengan saya. 

jadi mulakan hari dengan basmalah , jadi hidup ini akan dirahmati dan dilindungi allah, insyallah.

^^

Friday, August 3, 2012

5 Bonus Khas Ramadan


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat - umat terdahulu ketika Ramadan iaitu :

Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi disisi Allah

Bonus 2: Para malaikat beristighfar sehingga mereka berbuka.

Bonus3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : "Hampir - hampir hamba - hambaku    yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lau kembali kepadamu. " (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus4: Syaitan - syaitan akan dibelenggu, tidak akan dibiarkan lepas seperti pada bulan - bulan selain Ramadan.

Bonus5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)". Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w : "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar ? "Baginda menjawab" "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." 

( Riwayat Ahmad )

Monday, July 2, 2012

Me, Oneng and Laptop

salam, ini merupakan post yang kedua pada hari ini, saja je nak tulis title ni, kekeke.

me - saya, penulis post - post dan pemilik nuratikamusa.blogspot.com

oneng - my little cute cat yang berada kat umah , tadi saya skype dgn die.

laptop- yang saya namakan gendut , kerana die gendut, kekeke, yang banyak berbakti kepada saya.


jadi, semalam, saya telah mengcopy gambar dari camera, dan saya telah mengenalpasti beberapa keping gambar yang saya nak upload dalam blog ni, untuk tatapan saya dan para sahabat, saya harap janganlah salah guna gambar ini kerana ini hanya disimpan dalam memory saya and as an decentralized storage for my archive picture, kekekkekekkk.


this is my mum wearing grey hijab, sorry when this event my dad kat luar, so x dapat la ambil gambar .


this me, only me.


me n wan

that's all.

bye - bye , salam, good night



Mid-Summer BREAK

salam, everybody...
ngah watpe tu ?, br jap td ADA ajak g tido, awal lg ni, hehehe.....
jadi apa isu kali ini ye ?

saya nak membebel tentang apa yang saya lakukan masa one-week free holiday last week.

first, saya nak minta maaf kat my dad sebab surat yang dia pos tak sampai kat umah, i'm sorry dad, banyak halangan betul sebelum surat tu nak sampai, huhuhhu..

thanks to my mum and dad sebab sudi mengepos surat - surat saya itu...

next we move to the LONDON - THE SUMMER MUSICAL yang saya g tengok sebab dapat ticket free, vip pulak tu, memang agak bosan... saya pun x tahu apa yang menarik sangat dengan musical ini, bagi saya props building je memang cantik, saya suka sangat.


inilah salah satu props yang gempak kat stage tu, kat amphitheatre (saya x pandai nak eja) sunway lagoon. 


ini foto yang saya ambil lepas habis musical shows tu.


inilah stage nye, saya dapat seat tengah..

overall, teater memang sesuai untuk menghabis masa waktu malam, bagi saya tak g pun xpe, tapi sebab nak teman my sis, after adegan pujuk - memujuk saya pun g la teman die. biasa je, teater islamphobia lagi best la.

so, itu lah antara event yang terbesar last week.




Wednesday, June 27, 2012

Hem...

salam sejahtera semua,
pe khabar ?, dah lama x tulis blog, almost a month...
mesti semua tgh bz make a preparation for exam, ada yg dah habis exam, ada yg dah habis cuti, ada yang tengah kerja, ada yang tengah tido, ada yang tengah on9 cam saya ni, kekeke.


semperna hari yang berbahagia ini, saya nak menceritakan tentang pengalaman saya dua minggu yang lalu.
disaat saya menghadapi ujian yang sangat besar iaitu "ASSIGNMENT", saya telah mengorbankan masa sabtu and ahad saya dan hari - hari yang lain untuk menyelesaikan "ASSIGNMENT", saya sayang "ASSIGNMENT" saya, jadi saya haruslah meletakkan extreme effort for that.


saya nak berterima kasih kepada group multimedia saya , IEDA MAYA & FAIRUZA because give full comitment, kalau ada kurang and lebih mohon dihalalkan...


saya juga nak berterima kasih kepada group preservation saya , IEDA MAYA & AFIQAH kerana bekerja keras dalam menaip dan melakukan kajian yang mendalam dalam mencari idea untuk menulis academic writing pasal deterioration of archival material, 


next weeknya diikuti dengan test - test yang mengujakan iaitu test PUBLIC RELATIONS, APPRAISAL & DISPOSAL , and PRESERVATION OF ARCHIVAL MATERIAL, kesemua test ini sangat lah mengujakan.


first, TEST PR, saya ngantuk sangat masa test ini kerana tak cukup tido, bangun awal pagi untuk study... huh, susah giler soalan nye.


second TEST APPRAISLA AND DISPOSAL, test ni, huh... sangatlah ...... as usual PART A , saya memang lemah BUT PART B AND C, it is my speciality, kekeke.


third, TEST PRESERVATION, for the first time in my life in examination history in college, i never had a 60 objectives questions, and i took about 45 minutes to finish it after double check the answer, if i forget to fill it. huh, memang seronok sangat apabila apa yang kita ulangkaji, itu lah yang masuk dalam exam, so 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'.


hari isnin bersamaan dengan 25 JUNE 2012, my VB @ VISUAL BASIC @ ELECTRONIC RECORD presentation, hem, banyak yang boleh diperbaiki, but i feel all must burden had swept away... my skill about VB also improved a lot, aku cam tak leh caya yang aku boleh gak wat coding yang susah giler, buut thanks to EN.WAM, our lecturer yang banyak bagi tunjuk ajar dan tips, siap bagi interface kat we all lagi. tak dilupakan my cute and hardwork partnership IEDA MAYA, AFIQAH AND PEJO kerana sudi bekerjasama dengan saya yang suka main - main ini, kekekeke...


untuk pengetahuan korang, aku kena wat rayuan kolej, so aku tgh duk kat KL tunggu pos laju dari my parents from TENGGAROH, diaorang pos slip gaji ayah aku yang kertas die nipis giler and tulisan nampak - tak nampak tu, aku ingat nak diaorang scan and emel je, but, tulisan slip tu cair sangat, so daripada aku lepak kat kolej tak wat pape, baik aku duduk kat umah akak aku ni, boleh gak wat keje - keje and on9, bosan kalau xde benda nak buat, kalau dapat buat kerja rumah macam memasaka, lipat kain and tgk tv ni boleh release tension aku (hasil daripada buat assignment 2 weeks), huh, lega sangat.


next week kang aku balik la, aku nak simpan barang kat stor, nak hantar borang rayuan kolej, nak peksa.
especially bulan JULY ni, ada birthday kawan, hehehe, siapa lagi kalau bukan http://salimahnyer.blogspot.com/ and http://mazniatuladawiah.blogspot.com/ , hehehe, diaorang dah sebaya dengan aku gak akhirnya...


and after that i will back to my sweet home @ TENGGAROH, tak sabar ...


k, that all summary for this this week, and see you all next time, bye - bye..


SALAM.

Friday, June 1, 2012

28,29,& 30 MAY 2012

salam sejahtera.

dah lama saya tak update blog sebab malas, kekeke... 
sambil minum ice blended honeydew yang dibeli di pasar lambak tadi, saya mula menaip sambil teringat family di TENGGAROH. bestnyer kalau dapat balik, tapi kalau balik tak buat kerja yang melambak ni la pulak, best nyer kat sana semua ada kecuali me, mak masak nasi beriani hari ini, tadi mak takut nak cakap takut saya berkecil hati and terliur but saya tak gemarkan nasi beriani, so saya tak kisah, kekeke.



so, let's continue dengan cerita pi Langkawi Island, 
tujuan utama lawatan akademik ini adalah pi rumah anak yatim and g library Langkawi yang comel, tapi banyak buku yang cambest, kekeke.

so, malas nak menaip, picture can tell the story so let's go :


me and fiqa seat together in the bus, and me wearing froggy, bantal leher yang sangat selesa.


inilah pokok rambutan yang akan ditanam di rumah anak yatim.



me and the boat




bergambar bersama dengan anak yatim di hadapan Rumah Nur Kaseh


be continue..





Wednesday, May 9, 2012

Free Lunch because My Sister Belanja

helo semua,

hari ini saya nak bercerita tentang we all g makan - makan semperna birthday saya , hehehe...

saya nak cerita gak, walaupun takde sape nak tahu, untuk makluman, gambar - gambar ini saya yang ambil ye.
jadi saya nak minta maaf kalau gambar - gambar ini tidak memenuhi cerita rasa anda, hehehe.

saya mulakan dengan desert @ kek,


banana choc yg MAH suka and Cheese cake yang i love. gambar blueberry cheesecake Kak Liah, saya tak upload sebab x berapa berkenaan, hehehe.


pasta ???, sejak bile la pulak saya suka makan ni, hehehe, saya makan ni letak sos cili tau, baru masyuk, hehehe..


lasagna ni favorite Kak Liah, die memang suka makan benda camni, he, 


nasi dengan mushroom dengan chicken with jagung, ni mah punya ni, sodap ni...


ini pula blackpaper chicken , lebih kurang dengan Mah punya tapi rasa je lain, yang ni makanan untuk ada.

jadi berakhirlah sudah post bab makanan yang sangat sodap dimakan apabila tengah lapar.

TERIMA KASIH KEPADA :

  1. DAD, MUM, ecah and jiji kerana tolong doakan saya pagi tu, insya'allah saya  akan jadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapa...
  2. Kak Liah kerana belanja makan dll.
  3. Hima and Ada kerana bersusah payah temankan kome g KL, g PESTA BUKU, g MASJID JAMEK, and korang kena balik PUNCAK sendiri, sorry tau.
  4. Abang Hima @ ALONG, thanks tau belanja makan Strawbery tart yang ada inti mata kucing dalam krim kastard tu, sedap tapi kering sangat, tapi saya terkejut sebab apa yg "Abang Hima" cakap tu sebijik macam history saya, kekekeke...
  5. kawan - kawan yang beri ucapan selamat hari lahir , - HIMA, ADA, FIQA, MIZA, ECAH, JULIE, HAWA, IDA , dll.
KEPADA ORANG YANG SAYA SEBUTKAN DIATAS:
terima kasih ye, aku/eka/saya  sayang korang lebih (kecuali Abang Hima, sebab aku tak kenal sangat, jadi saya ucapkan terima kasih ye..kekeke).

k, bye - bye.
thanks...





My Birth DayDay

salam sejahtera semua.

pk2 kang saya ada kelas preservation, tapi saya tak siap lagi ni, hehe.

ok la sya nak cerita tentang kejadian yang berlaku pada 5 MAY 2012, sebelumnya 4MAY2012, saya ada aktiviti kat SMK BUKIT GADING, para pelajar die memang best giler,
nak dipendekkan hari sabtu saya, ADA AND MAH keluar la g KL, g menghapuskan lemak yang bersarang dalam diri, we all g PWTC, bermarathon disana, huh, memang ramai giler orang.

best tapi, dapat terserempak dengan KEITH, pelukis komik LAWAK KAMPUS,
hemsemnye, hehehe.

next, after main pusing - pusing kat dalam PWTC , tu we all pun ambil la kesempatan untuk meloloskan diri and keluar dari bangunan berkenaan kerana ribuan pengunjung sudah memasuki dalam bangunan berkenaan dan menyebabkan keadaan menjadi sesak....

jadi we all pun berpindah venue ke THE MALL, yang berada dihadapan PWTC, berjalan didalam, and duk kat luar, macam orang hilang anak, hehehe,sebab penat sangat dari pagi hingga la ke waktu tengah hari we all berjalan, itu pun stop kalau dapat tempat duduk, hehehe.

tengah syok baca majalah ujang, aku terperasaan MAH memangil seseorang yang memang aku tak kenal,
"Along!Along!Along!", sambil melambai - lambai tangan, aku pun berfikir kepada siapakah MAH melambai, akhirnya, ada seorang yang berkemeja hitam terstops didepan MAH setelah terbabas beberapa langkah...

Owh, Abang die rupanya (sesi MAH dengan Abang die berlanjutan hingga PK1 ), selepas itu we all pun menuju ke stesen LRT  untuk pergi ke SOGO.

bak kata saya, perkara yang lalu boleh teringat kembali. Abang Mah ada cerita "kawan saya ni (perempuan) ada kawan dengan budak lelaki ni, lelaki ni lembut, and then die ubah lelaki tu jadi lebi bersifat kelakian lagi, and then perempuan itu ditinggalkan (lebih kurang camtu la)", gulp, sama dengan cerita aku, huhuhu. perkara yang lepas teringat kembali, macam nak menumpah kan air mata tapi kelakar gak la , sebab cerita die sama dengan cerita aku, hahahaha........ tapi aku ok je, perkara yang lepas tu dah kira sejarah and patut dijadikan pengajaran bagi aku, walau apa pun, aku memang suka lelaki yang berperwatakan lembut, hehehe...

sampai SOGO, g la SECRET RECIPE kat level 6, tengok Kak Liah tengah tunggu, hehehe.
bestnyer, Kak Liah belanka makan, semperna my birthday,

lepas sedih gumbira la pulak, itu la yang best, hehehe.

nanti saya akan buat satu post special about the food that we all makan, so it will be continue.

have a nice day

saya nak g kelas preservation.

bye - bye.


Sunday, April 1, 2012

Buat Baik Biar Merata - Rata, Buat Jahat Jangan Pernah Terfikir & Buat

salam

dah lama sangat tak update blog , ini disebabkan semangat malas yang makin menebal, tapi jangan risau, semangat malas saya tu dah kena kikis dengan hati saya yang suci murni ini, (kekeke).

tanpa banyak berlengah mari saya teruskan dengan aktiviti yang berlaku pada minggu lepas.

untuk pengetahuan kawan - kawan, last week saya ada terlibat dengan aktiviti jualan di Carnival D'Puncak, kelas kitaorang buat jualan pizza, float and kerepek.
alhamdulilah semuanya sold out. tak la membazir, tapi apa yang mengecewakan saya ialah sikap ahli kelas saya yang kurang memberikan bantuan dan sokongan, saya berasa sangat dukacita.

saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi join and help us a lot, walaupun saya tak suka ambil bahagian dalam jualan, tapi saya buat keje belakang takbir ye... tapi itu semua pengalaman yang akan mengajar kita lebih mengenali orang ramai, dari segi itu, kita boleh  menilai yang mana kawan yang mana pura - pura kawan...

jadi saya telah snap a few picture untuk tontonan korang, (please jangan copy ea)
ini lah Cik Afiqah Binti Zubir, mastermind dalam buat pizza ni....

will



be 


continue




kekekeke...

Sunday, March 18, 2012

salam, my new wallpaper


Salam Sejahtera semua,




ini bukan kucing saya ye, ni kucing Heechul Super Junior, saya suka sangat sebab comel sangat.

hari ini merupakan hari yang agak mencabar, kerana saya dan sahabat saya iaitu  http://mazniatuladawiah.blogspot.com/ , afiqah zubir dan http://salimahnyer.blogspot.com/ bersama dengan diri ku untuk menaiki bukit yang terletak berhadapan dengan fakulti kami ; berikut adalah senarai gambar yang kami ambil di sana, diharapkan anda tidak menyalahgunakan gambar ini.


itu tangan saya, kekekeke.

hem, itu je lah, nanti saya nanti upload yg lain.

k, bye - bye, esok ada 3 kelas.....

selamat malam, 





Tuesday, March 13, 2012

My Weird Experience

Salam Sejahtera semua, pe khabar ?

diharapkan semua berada dalam keadaan yang sihat kerana akhir - akhir ini cuaca agak tidak menentu, kadang - kadang panas kadang - kadang hujan.

dipendekkan cerita my family come to KL hari sabtu hari tu, best nyer, baru seminggu balik Kolej dah dapat jumpa lagi, bersyukur sangat, dapat lepaskan rindu, huhuhu.

jadi, hari jumaat lepas saya dah bertolak balik ke KL (my sis house) to make preparation such as beli barang dapur, kemas rumah dll. tapi hari ahad dah balik Kolej sebab hari isnin ada 3 kelas, tapi yang brilliantnye lepas habis kelas pk 5, after solat and get ready, i take off to KL by bus.... kekeke.

dah sampai Kelana Jaya baru bagi  dad, ingatkan nak buat surprise tapi takut something happen to me, so at least they know where i go.

tepat PK9.00 PM saya pun sampai di rumah Kak Liah, bila sampai je semua dah terbongkang (baring except ecah yang khusyuk dengan laptop)

and hari selasa pagi, lebih kurang pk8 pg mum, dad, ecah g hantar Kak Liah g stesen lrt utk g keje and after that diaorang pun terus balik KE Johor.

tadi semasa saya menaiki bus ke shah alam, ada la sorang brother ni berperangai pelik semacam, tetiba je jadi ramah dengan perempuan, sangat mengerikan, ada ke patut die tanya macam - macam (soalan  peribadi and perangai pun pelik), pastu saya pun turun la kat depan pkns nak tunggu bus balik kolej, sekali abang tu pun ada, and die duduk sebelah saya, huh sebelnyer, tanya macam - macam, die ingat kita ni rapat sangat ke????, dah aku bg jawapan skema, padan muka die, bg jawapan pun kena berhati kang kalau die mengamuk aku tak tahu apa yang akan terjadi... bahaya betul, nasib baik Ada-chan ada kat Giant, sampai Giant aku terus turun and blah, huh pengalaman yang sangat mengerikan.

ok, itu akan menjadikan aku sangat berhati - hati selepas ini. ok la nak off dulu, nak hafal 16 verb jepun untuk kelas esok,

salam.

good night.

AND jangan lupa tengok running man BIGBANG REVENGE,

best giler,,,

Wednesday, March 7, 2012

Fantastic Baby

Salam Sejahtera semua,

pagi ni saya ada kelas third language , tapi pukul 10.30, oleh kerana dah biasa bangun awal so bangun la awal.

while drinking coffee, i listen to "FANTASTIC BABY"

pagi - pagi je dah on9, and i'm become more excited because FANTASTIC BABY dah keluar, boleh la saya tengok BIGBANG, mesti tengah malam tadi baru keluar.

wow, totally different dengan mv yang lain, tapi TAEYANG nampak kurus sangat, DAESUNG nampak smart and extremly handsome, TOP "THE KING OF HANDSOME MAN" and G.DRAGON is cute as always, kekekeke....



You can watch it here :

http://www.youtube.com/watch?v=AAbokV76tkU&feature=player_embedded

credit to : YG ENTERTAINMENT

so, enjoy your morning...

Wednesday, February 29, 2012

BIGBANG - BLUE




more than 10 million viewers, wow, 


i will always support BIGBANG.


[Seungri]
Gyeouri gago bomi chajaojyo urin shideulko
Keurieum soege mami meongdeureotjyo

(I’m singing my blues) paran nunmure paran seulpeume gildeulyeojyeo
(I’m singing my blues) tteunkureume nallyeobonaen sarang oh oh

[GD]
Gateun haneul dareun gos neowahna wiiheomhanikka neo-ye-geseo tteonajuneun
geoya
Nimiran geuljae jeomhana bikeobhajiman naega monna sumneun geoya
Janinhan ibyeoreun sarangye (mallo)
keu eotteonmaldo wiiro twehl suneun eoptdago
Ama nae insaengye majimag mello magi naeryeo oneyo ije

[Daesung]
Taeyeonaseo neol mannago jugeul mankeum saranghago
Parahke muldeureo shirin nae maeum nuneul kamado neol neukgil su eoptjanha

[Taeyang]
Gyeouri gago bomi chajaojyo urin shideulko
Keurieum soge mami meongdeureotjyo

[Seungri]
(I’m singing my blues) paran nunmure paran seulpeume gildeulyeojyeo
(I’m singing my blues) tteunkureume nallyeobonaen sarang oh oh
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bigbang/blue.html ]
[TOP]
Shimjangi meojeun geot man gata jeonjaengi kkeunnago keu kose eoreo buteun
neowahna
Nae meorissok saekyeojin trauma i nunmul mareumyeon chokchokhi giyeokhari
nae sarang
Kwehrobjido wehrobjido anha haengbogeun da honjanmal keu isange bokjabhan
geon mot chama
Daesurobji amureohjido anha byeolsueomneun banghwang saramdeureun wahtda
kanda

[Taeyang]
Taeyeonaseo neol manna-go jugeul mankeum saranghago
Parahke muldeureo shirin nae maeum neoneun tteonado nan geudaero itjanha

[Daesung]
Gyeouri kago bomi chajaojyo urin shideul-ko
Keurieum soge mami meongdeureotjyo

[Taeyang]
Oneuldo paran jeo talbitaraeye na hollo chami deulketjyo
Kkumso-geseodo nan geudaereul chaja hemae-imyeo i noraereul bulleoyo

[Seungri]
(I’m singing my blues) paran nunmure paran seulpeume gildeulyeojyeo
(I’m singing my blues) tteunkureume nallyeobonaen sarang
(I’m singing my blues) paran nunmure paran seulpeume gildeulyeojyeo
(I’m singing my blues) tteunkureume nallyeobonaen sarang oh oh

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bigbang/#share



translations :


The winter had passed
And the spring has come
We have withered
And our hearts are bruised from longing

I’m singing my blues
Used to the blue tears, blue sorrow
I’m singing my blues
The love that I have sent away with the floating clouds, oh oh

Under the same sky, at different places
Because you and I are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘nim’
It’s cowardly but I’m hiding because I’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down

I was born and I met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, I can’t feel you

The winter had passed
And the spring has come
We have withered
And our hearts are bruised from longing

I’m singing my blues
Used to the blue tears, blue sorrow
I’m singing my blues
The love that I have sent away with the floating clouds, oh oh

I feel like my heart has stopped beating
You and I, frozen there, after a war
Trauma that has been carved in my head
Once these tears dry up, I will moistly remember my love
I’m neither painful nor lonely
Happiness is all self-talk
I can’t stand something more complicated
It’s no big deal, I don’t care
Inevitable wandering, people come and go

I was born and I met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even if you have left, I’m still here

The winter has passed
And the spring has come
We have withered
And our hearts are bruised from longing

Again tonight, underneath that blue moonlight
I will probably fall asleep alone
Even in my dreams, I look for you
And wander around while singing this song

I’m singing my blues
Used to the blue tears, blue sorrow
I’m singing my blues
The love that I have sent away with the floating clouds, oh oh
I’m singing my blues
Used to the blue tears, blue sorrow
I’m singing my blues
The love that I have sent away with the floating clouds, oh oh



please watch out the mv  :


http://www.youtube.com/user/BIGBANG?feature=watch


CREDIT TO : YG ENTERTAINMENT

Perasaan Nervous Takkan Pernah Hilang Dalam Hidupku

salam semua,

apa khabar semua ?
diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera.

disini saya nak berkongsi perasaan nervous sehingga nak dapat penyakit sakit jantung untuk perkara - perkara dibawah semasa cuti ini :


  1. test jpj
  2. daftar course
  3. melintas jalan raya
  4. pikir cuti dah habis

sedihnya memikirkan cuti yang hampir habis ini, kesayuan dan kerisaun dihati saya takkan pernah hilang.

walau berapa jauh saya mahu pergi mengembara (sebagai contoh saya nak pergi korea) saya tetap mengenangkan kedamaian suasana Tenggaroh 02, tanah tumpah darah saya (akibat accident kecil - kecilan seperti terpotong pisau, sebab saya lahir kat Kota Tinggi) yang tercinta ini.

tinggal berbaki 2 hari saja lagi, saya berpeluang untuk bermain dengan Oning , my wonderful cat (suka duk dalam rumah, tidur kat kawasan yang sejuk, tak suka panas, suka main lari - lari kat kawasan rumah, suka gigit kaki and tangan orang and suka main air) 




main bawah (sapu kawasan rumah sambil dengar lagu bigbang, kawasan belakang rumah saya agak luas ye dengan pohon - pohon dan rumput - rumput yang bertiup agak sepoi - sepoi bahasa kalau ada angin la) dll.

saya juga nak berkongsi berita sukacita , iaitu saya dah lulus test jpj, jadi saya akan menunggu lesen memandu saya siap.

yuran pengajian juga makin bertambah (habis duit aku), selepas habis test jpj tadi, saya ke bandar untuk membayar yuran pengajian saya yang berjumlah RM525.00. huh...


selepas itu, saya menuju ke kedai runcit yang menjual majalah kegemaran adik saya 
"GEMPAK" (result pmr adik saya gempak tau, dapat 7A, masa form 4 , adik saya mendapat tempat pertama untuk semua tingkatan 4, alhamdulilah berkat usaha dia,).

selepas itu, saya pun menuju ke perhentian bus untuk membeli air untuk menghilangkan dahaga. saya menikmat makanan tengahari saya di tepi wakaf depan "KINI" MERSING sambil ditemani angin yang bertiup lembut kencang yang memberikan saya ketenangan ketika memakan bihun(bekal bihun mak masak untuk sarapan).

selepas itu, saya kembali ke perhentian bus untuk menaiki bus balik ke tenggaroh dan alhamdulilah saya selamat sampai kerumah.

waktu sekarang menunjukkan 10.58pm (jam kat umah saya) semua orang kat umah dah tidur kecuali saya.

jadi, saya nak ucapakan selamat malam dan selamat bersekolah kepada yang bersekolah dan selamat bekerja bagi yang bekerja, 

oh ya, untuk BIGBANG COMEBACK, saya akan wat satu "post" istimewa mengenai lagu - lagu baru bigabang.

sekarang ni saya tengah hangat baca majalah SOLUSI, menarik sangat.

bye - bye

salam.

Saturday, February 18, 2012

2 Weeks More

salam,
salam sejahtera.
dah lama tak menulis blog, kebelakangan ini banyak perkara menarik minat saya untuk saya tuliskan tapi akibat kemalasan yang ekstrem, jasi saya tak tulis. kekeke.

lagi 2 minggu nak masuk sem baru, perasaan bercampur baur. adakah saya gembira atau sedih ?

sedih : sebab nak tinggalkan family and oning.

gembira: gembira ke ???????????

hem, sekarang ini dunia sudah tidak aman, pencemaran semakin teruk, bumi semakin menderita.

banyak perkara yang saya fikir selama saya bercuti ini, antaranya :

1. saya susah nak turunkan berat badan.
2. saya nak pastikan saya lulus ujian jpj (keta)
3. saya nak .................

sejak saya balik umah, ni saya dapat melepaskan kerinduan pada oning, my lovey dovey cat :


semua masalah saya hilang apabila saya bermain and berborak dengan oning.

sedihnye, apabila cuti dah nak habis.....
for next sem, saya dapat umah tingkat 3 kat kolej, alhamdulilah still dapat seumah dengan kawan - kawan.

hari ini saya g rewang kat umah jiran saya, tapi unfortunately, suddenly je hujan lebat.

akibat basah kuyup saya balik umah. kekkekeke, tak dapatlah saya rewang lama sikit, just a 1 hours je kot saya kat situ.

rindu gak kawan - kawan universiti, kawan - kawan sekolah juga tidak dilupakan, bila agaknya dapat wat reunion untuk form 5 and form 6. 

mesti best jumpe kawan - kawan lama.

ok, bye - bye. nanti saya sambung lagi.

salam.


Thursday, January 26, 2012

Bebelan 2

salam sejahtera, salam 1 malaysia.

setelah saya memgupdate post saya tentang ayah saya sekarang saya nak menyambung post saya BEBELAN PART2.

kekekeke, banyak cerita yang saya nak yulis, tapi tak terkeluar pulak ayat ini.

1. mari kita bercerita tentang my journey balik kampung @ Tenggaroh last week, journey itu sangat mencabar, rasanye macam naik rollercoster, oleh kerana tempat duduk saya belakang sekali, akibatnya kepala saya terhantuk kat dinding bas, kekeke, adakah saya tinggi sangat ????? tak rasanya, memang sakit hati, bukan sahaja jalan raya yng sangat teruk, tapi pemandu bus yang sangat "berhemah" juga memainkan wataknya.

bukan nak mengutuk tapi memberitahu perkara yang benar sahaja.

2. cuti CNY @ CHINESE NEW YEAR ini ramai gak sedara aku yang datang ke rumah, malangnya aku xde ambil gambar pun, sedara aku dari Batu Pahat datang melawat we all, diaorang datang hari Ahad and balik hari Selasa, BESTNYE.  kalau orang ramai ni yang best mesti banyak makanan, kekekeke, saya suka sangat.

3. saya dialam realiti, br saya tersedar rupanya , ada seorang kawan saya ini sudah menghilangkan diri nya, entah la, harap dia berada dalam keadaan sihat.

4. esok mak and jiji akan ke KL, so harap selamat samapai dan selamat kembali ke TENGGAROH. wan pun ikut sebagai penunjuk arah, kekeke.

5. jadi esok saya kena buat kerja rumah for example ; basuh kain, dll.

6. saya harap saya akan berusaha buat semua kerja rumah ini,

FIGHTING!!!!!!!!!!!

Emergency

salam sejahtera semua,

er telah terjadi dalam hidup ku for the first time.

MY DAD MASUK HOSPITAL BECAUSE BEING SUSPECT FOR DEMAM DENGGI

sedihnye, die br je sampai Malaysia pukul 6 pg tadi dari Bangladesh,

harap die cepat sembuh, esok my mum and my bro akan ke KL, untuk tengok my dad.

and tommorow ialah hari lahir my dad :


semoga ayah cepat sembuh, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

LOVE YOU DAD!!!!!!!!!!!.

and my mum also. kekekeke.

k, bye - bye

Tuesday, January 10, 2012

Bebelan 1



salam sejahtera semua, apa khabar ?

hari ini saya nak tulis mengenai kehidupan 
sebelum cuti semester 3 ini.

hari ini hima akan pulang ke kampung halaman,
 semalam merupakan paper terakhir untuk yer.

semoga die berada dalam keadaan selamat 
ketika dalam perjalanan, dan saya ketika 
ini sudah berada di rumah kakak saya di kuala lumpur.
 
menghabiskan masa berehat kerana penat 
mengangkat luggage yang sangat berat dan
 padat dari kolej hingga ke KL. 

walaupun penat dan sangat mencabar, semua 
ini merupakn satu cabaran yang perlu ditempuh
 bagi memastikan semua barang saya dibawa pulang
ke rumah.

kekekeke,

saya pasti akan merindui housemate saya, tapi jangan risau
saya kan kembali pada 18 january untuk 
mengambil my final paper on 19 january 2012.

masa itu, Ada-chan sudah pun pulang ke kampung halamannya
yang berada kat meru je. kekekeke. dekat je.

jadi untuk post kali ini saya akan mengulas perjalanan hidup
saya masa SEM3 INI:

diawal sem , seperti biasa saya mempunyai rutin untuk pulang
ke rumah kakak saya yang berada di KL every week, different for this sem
dua minggu sekali baru saya pulang ke KL, kerana bebanan kerja
yang sudah bertambah,

sem ini juga saya banyak mengembara khususnya ke tempat - tempat
seperti Pasar Seni, Masjid Jamek, Petaling Street, KLCC, Ampang PARK,
Jusco WM, dll.

saya juga banyak menghabiskan duit untuk membeli makanan kegemaran
saya ketika berada di Pasar Tani Shah Alam, almost every week saya pergi.


sem ni, my dad pergi ke oversea , Pakistan and Bangladesh,
i'm worry but i hope my dad will fine and stay healty.

so, i'm finist my part 1 bebelan minggu ini.

Monday, January 2, 2012

Live Streaming

salam sejahtera, salam satu malaysia:

salam korang, ngah watpe tu ?

sekarang ini adalah musim peperiksaan, 4/JANUARI /2012 saya ada test exam CTU 553.

tapi bukan ini sebenarnya yang saya nak cakap, yg saya nak cakap ialah :

start dari hari khamis, jumaat, sabtu and ahad yang lalu saya telah active dengan live steaming, kerana banyak sangat cerita korea yang cambest sedang ditayangkan secara live dari stesen tv terkenal seperti KBS, SBS and MBC:


  1. SBS ENTERTAINMENT AWARDS.
  2. SBS DRAMA AWARDS
  3. SBS GAYO DAEJUN
  4. KBS MUSIC FESTIVAL
  5. KBS ENTERTAINMENTS AWARDS
  6. KBS DRAMA AWARDS
  7. MBC ENTERTAINMENTS AWARDS
  8. MBC GAYO DAEJUN
  9. MBC DRAMA AWARDS
semua cerita ini boleh diikiuti secara live di :

http://kpophiitsu.blogspot.com/
http://www.wix.com/kpopstream/streams
http://able.kbs.co.kr/live/index.html
http://www.kjmbc.co.kr/

k, selamat menonton and selamat menduduki peperiksaan.