Wednesday, February 29, 2012

Perasaan Nervous Takkan Pernah Hilang Dalam Hidupku

salam semua,

apa khabar semua ?
diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera.

disini saya nak berkongsi perasaan nervous sehingga nak dapat penyakit sakit jantung untuk perkara - perkara dibawah semasa cuti ini :


  1. test jpj
  2. daftar course
  3. melintas jalan raya
  4. pikir cuti dah habis

sedihnya memikirkan cuti yang hampir habis ini, kesayuan dan kerisaun dihati saya takkan pernah hilang.

walau berapa jauh saya mahu pergi mengembara (sebagai contoh saya nak pergi korea) saya tetap mengenangkan kedamaian suasana Tenggaroh 02, tanah tumpah darah saya (akibat accident kecil - kecilan seperti terpotong pisau, sebab saya lahir kat Kota Tinggi) yang tercinta ini.

tinggal berbaki 2 hari saja lagi, saya berpeluang untuk bermain dengan Oning , my wonderful cat (suka duk dalam rumah, tidur kat kawasan yang sejuk, tak suka panas, suka main lari - lari kat kawasan rumah, suka gigit kaki and tangan orang and suka main air) 




main bawah (sapu kawasan rumah sambil dengar lagu bigbang, kawasan belakang rumah saya agak luas ye dengan pohon - pohon dan rumput - rumput yang bertiup agak sepoi - sepoi bahasa kalau ada angin la) dll.

saya juga nak berkongsi berita sukacita , iaitu saya dah lulus test jpj, jadi saya akan menunggu lesen memandu saya siap.

yuran pengajian juga makin bertambah (habis duit aku), selepas habis test jpj tadi, saya ke bandar untuk membayar yuran pengajian saya yang berjumlah RM525.00. huh...


selepas itu, saya menuju ke kedai runcit yang menjual majalah kegemaran adik saya 
"GEMPAK" (result pmr adik saya gempak tau, dapat 7A, masa form 4 , adik saya mendapat tempat pertama untuk semua tingkatan 4, alhamdulilah berkat usaha dia,).

selepas itu, saya pun menuju ke perhentian bus untuk membeli air untuk menghilangkan dahaga. saya menikmat makanan tengahari saya di tepi wakaf depan "KINI" MERSING sambil ditemani angin yang bertiup lembut kencang yang memberikan saya ketenangan ketika memakan bihun(bekal bihun mak masak untuk sarapan).

selepas itu, saya kembali ke perhentian bus untuk menaiki bus balik ke tenggaroh dan alhamdulilah saya selamat sampai kerumah.

waktu sekarang menunjukkan 10.58pm (jam kat umah saya) semua orang kat umah dah tidur kecuali saya.

jadi, saya nak ucapakan selamat malam dan selamat bersekolah kepada yang bersekolah dan selamat bekerja bagi yang bekerja, 

oh ya, untuk BIGBANG COMEBACK, saya akan wat satu "post" istimewa mengenai lagu - lagu baru bigabang.

sekarang ni saya tengah hangat baca majalah SOLUSI, menarik sangat.

bye - bye

salam.

No comments: