Friday, August 3, 2012

5 Bonus Khas Ramadan


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat - umat terdahulu ketika Ramadan iaitu :

Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi disisi Allah

Bonus 2: Para malaikat beristighfar sehingga mereka berbuka.

Bonus3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : "Hampir - hampir hamba - hambaku    yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lau kembali kepadamu. " (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus4: Syaitan - syaitan akan dibelenggu, tidak akan dibiarkan lepas seperti pada bulan - bulan selain Ramadan.

Bonus5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)". Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w : "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar ? "Baginda menjawab" "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." 

( Riwayat Ahmad )