Friday, March 8, 2013

Tujuh Perkara Yang Membawa Kemulian

Dari petikan Majalah Solusi isu 53, March 2013.

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah  dan dihadapan malaikat dengan perkara berikut :

  • Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.
  • Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.
  • Hidup dan mati dalam kebaikan.
Tujuh perkara tersebut ialah :
  1. Membaca bismillah setiap kali sesuatu perkara.
  2. Mengucapkan alhamdulilah setiap kali selesai melakukan sesuatu.
  3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.
  4. Melafazkan insya - Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.
  5. Membaca hawqalah ( la hawla wa la quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.
  6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji'un) pada setiap musibah.
  7. Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.
Semoga apa yang di kongsikan ini mendapat manfaat. ^^